Tuesday, February 24, 2009

Hak Persamaan Kaum (1)

Persamaan kaum adalah prasyarat kepada harmoninya sesebuah negara, iaitu kesatupaduan diantara kaum. Tiada siapa yang dapat menyangkal fakta ini. Keharmonian diantara tuan dan hamba, antara kaya dan miskin, antara pemimpin dan yang dipimpin bukanlah harmoni yang sebenar. Ianya adalah lebih mirip kepada penerimaan kepada sesuatu yang tidak dapat diubah, selagi ianya tidak kelihatan seperti boleh diubah. Lambat laun, perubahan keadaan dan pemikiran dimana penolakkan kepada taraf status-quo dan perubahan kepada situasi keadaan yang lebih adil akan berlaku. Sementara keadilan bermaksud penambahan kepada yang tidak ada dan pengurangan kepada yang berada, maka proses untuk mencapai matlamat ini akan menimbulkan pelbagai jenis tanggapan yang mana dahulu dikatakan perhubungan yang harmoni. Apabila persamaan itu telah dicapai, masyarakat ini akan kurang bertanggapan antara satu sama lain dan keharmonian itu adalah apa yang dikatakan berjaya dicapai. Namun begitu akan tetap ada beberapa perselisihan kecil tetapi sekurang-kurangnya ianya dapat dikenalpasti dan diatasi.

Malangnya, walaupun persamaan kaum dikenalpasti tidak dapat dipisahkan kepada keharmonian kaum, masih terdapat sedikit kefahaman apakah yang sebenarnya dikatakan persamaan kaum itu sendiri. Komuniti atau orang perseorangan akan menterjemahkan makna persamaan kaum itu yang memihak kepada kaum atau individu itu sendiri. Maka akan timbul persoalan berkaitan biasiswa misalnya, persamaan kaum itu bermakna persamaan untuk bersaing mendapatkan biasiswa itu tidak mengira kaum. Jika terjemahaan ini diterima, maka di Malaysia ini bolehlah dikatakan, bukanlah persamaan kaum malahan memburukkan lagi ketidaksamaan kaum. Dalam perkataan lain, persamaan didalam sesuatu bidang/bentuk/nilai boleh memburukkan lagi ketidaksamaan didalam bidang/bentuk/nilai yang lain. Ciri-ciri ketidaksamaan kaum bukanlah berlaku hanya di Malaysia. Ia berlaku dimana-mana sahaja negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum tinggal bersama. Yang nyatanya ianya tidak ada penyelesaian yang mudah. Lagipun tidak ada dua negara yang mempunyai masalah kaum berpunca dari masalah yang serupa. Bagaimanapun kajian terhadap situasi negara lain boleh mendatangkan manafaat, Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah kita di Malaysia, sekurang-kurangnya kita mempunyai pemahaman yang luas tentang apa yang membentuk masalah itu.

Saya ada buat satu percubaan untuk memberikan definasi dan makna kepada persamaan kaum yang lebih besar dengan merujuk kepada masalah di Amerika Syarikat. Ini bukalah berat sebelah tetapi lebih kepada apa yang selalu diperkatakan tentang apakah hak orang melayu di Malaysia. Mungkin ini adalah masa mendengar dan melihat pandangan orang melayu tentang hak persamaan kaum dan keistimewaan hak orang melayu. Kemudian dari ini, bergantung kepada kejujuran dan kesungguhan untuk menilai orang melayu dan merumuskan apakah penyelesaian kepada masalah itu. (bersambung)

Tuesday, February 17, 2009

Fikirkanlah Perkara Ini

Wahai bangsaku, ingatlah sesungguhnya kita ini pernah dijajah selama lebih kurang 400 tahun (1511 – 1957). Baru sahaja 50 tahun kita ini menikmati kedamaian yang selama itu kita nanti dan cari, maka telah luputkah kesedaran kita tentangnya? Akan tergadaikah tanah yang kita miliki ini hanya kerana dendam dan sakit hati sesama bangsa kita? Kita dipermainkan dan dimomokkan dengan semangat yang kononnya nasionalisme dan patriotik, tetapi sedarkah kita siapa sebenarnya lawan kita? Mereka ini tak lain dan tak bukan hanyalah orang yang seagama dan sebangsa dengan kita. Kita telah “dibeli” demi memperjuangkan apa yang sebenarnya ialah tuntutan bangsa bukan melayu. Kita telah dikelirukan oleh orang yang mengatakan agama itu milik mereka dan kebenaran itu bersama mereka? Benarkah semua itu? Marilah sama-sama kita renungkan perkara berikut; 1) Benarkah politik PAS itu memperjuangkan Islam? Andai benar PAS itu memperjuangkan Islam maka, adakah ALLAH itu bersalah dengan tidak memberikan cara itu kepada KekasihNya yakni Rasullullah s.a.w agar mempermudahkan cara menegakkan dan menyebarkan agama Islam? Bermakna tidakkah cara PAS itu sebenarnya lebih mengelirukan umat Islam itu sendiri? Seharusnya jika Tuan Guru Nik Aziz ingin menegakkan Negara Islam, cara Nabi Muhammadlah cara yang paling benar. Janganlah dikelirukan dan mencelarukan lagi agama Islam dengan menobatkan cara merekalah yang lebih benar dari cara Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad tidak menyebarkan dan menegakkan agama dengan cara menjadi ketua Negara dahulu, tetapi menyebarkan dan mendakwah agama itu kepada semua golongan sehingga tidak disukai ketua negara pada masa itu. Jadi seharusnya, Tuan Guru Nik Aziz renungkanlah sejenak perkara ini. Katakanlah CUKUP kepada perkara yang akan menambahkan kekeliruan diantara umat Islam di negara ini amnya dan orang melayu khasnya. Semua pemimpin PAS haruslah bertanggungjawab dalam perkara ini. Akan terkeluarkah Islam orang melayu di Malaysia ini jika tidak menyokong PAS? Akan terjadikah Islam yang sebenarnya yang dituntut oleh Allah dan Rasul jika PAS memerintah Malaysia ini? Adakah jaminan untuk itu atau beranikah pemimpin-pemimpin PAS memberi jaminan untuk perkara itu? Apakah jaminannya? Kembalilah kepada 2 kalimah syahadah, iaitu Allah dan Rasul, Quran dan Hadis atau Perintah dan Cara. Didiklah iman rakyat Malaysia seperti mana Rasullullah mendidik iman para Sahabat sahaja selama 13 tahun. Bukan mendidik mereka dengan tarbiyah keduniaan yang mengkafirkan dan mensyirikkan mereka dengan amalan dan perbuatan mereka. Dekatilah mereka dan bukannya memusuhi mereka. Fikirkanlah wahai para aminul mukminin!!! 2) Apakah pula perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) milik Dato Sri Anwar Ibrahim? Akan lebih melayukah orang melayu dengan perjuangan DSAI ini? Akan lebih makmur dan amankah Malaysia ini? Akan terhapuskah semua “kejahatan” yang diwar-warkan itu? Akan terbelakah nasib orang-orang melayu dan bukan melayu di Malaysia ini? Apakah pembelaan dan perjuangan selama 50 tahun kemerdekaan ini tidak membawa sebarang makna pada DSAI sehinggakan beliau menjadi seseorang di tanahair tercinta ini. Apakah hilang semua kerakyataan, kekayaan dan kesenangan beliau selama ini? Zalimkah pemimpin sekarang dibandingkan apa yang terjadi di Israel, Afghanistan, Bosnia dan lain-lain negara yang dizalimi oleh pemerintahnya. Kebanyakkan mereka yang bersama-sama DSAI ini hanyalah mereka yang tergolong dari orang senang yang kecewa didalam arena politik itu sendiri. Mereka juga bukanlah apa yang sebenarnya dikatakan pejuang bangsa. Kerana rata-rata dari kalangan mereka juga tidaklah banyak membantu bangsa mereka itu sendiri. Mereka itu sendiri pada hakikatnya adalah memperjuangkan nasib mereka sendiri. Mereka ini memperjuangkan kekalahan mereka dengan membawa slogan kekalahan mereka adalah kekalahan bangsa. Kita dan keluarga kita tidak dibunuh, dinoda ataupun dirampas segala kekayaan dan kesenangan yang kita warisi. Kita dapat menunaikan ibadah serta lain-lainnya dalam keadaan yang paling aman dan damai. Maka zalimkah itu? Akan adakah tempat lain yang dapat kita panggil tanah buat orang melayu di negara asing? Orang cina masih mempunyai Negara China, manakala orang India ada sebuah negara yang dipanggil INDIA. Bagaimana dengan orang melayu? Indonesia hanya mengiktiraf orang melayu sebagai sebahagian rumpunnya dan bukannya tanahair buat orang melayu. Apakah nasib orang melayu? Marilah kita bersatu mempertahankan tanahair kita tak kira dari parti mana kita datang. 3) Buat Dato Sri Abdullah pula, akuilah bahawasanya ketidaktentuan orang melayu hari ini adalah kerana kelemahan beliau sebagai seseorang yang dipanggil pemimpin. Pemimpin yang baik tidak semestinya bagus dan pemimpin yang bagus itu tidak semestinya baik. Carilah pendekatan evolusi atau revolusi terancang yang dapat membina kekuatan bangsa dan tanahair. Janganlah Pak Lah terlalu yakin pada diri sendiri bahawasanya beliau masih dapat membaiki kerosakan yang telah dilakukan walaupun mendapat sokongan yang sebenarnya bukanlah ikhlas sangat. Yakin sahaja tidak dapat membantu membina sesebuah negara. Malahan kerana yakin itulah nanti yang sebenarnya memusnahkan apa yang diinginkan oleh raykat terbanyak. Sebenarnya keupayaan merancang, membina, melaksana dan menjangka sesuatu itulah yang perlu bagi seseorang pemimpin membina sebuah masyarakat dan negara. Akurlah pada diri sendiri bahawasanya diri itu tidak layak menjadi seorang pemimpin. Bawalah keyakinan itu sahaja untuk membina dan memimpin rumahtangga. Janganlah gadaikan sebuah negara hanya dengan sebuah keyakinan.
Buat semua orang melayu, kita hanya akan menghargai sesuatu itu hanya setelah kehilangannya. Andai tidak terganti apa yang hilang itu, mampukah kita hanya meratapi dan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan? Mampukah kita melihat warisan kita dimiliki oleh bangsa asing dibumi milik kita sendiri? Inilah TANAHAIR kita!!! Tidak akan ada lagi tanah melayu lain di dunia ini melainkan MALAYSIA (tanah melayu). Kita tidak mahu mengambil dan menidakkan hak kaum lain, tetapi tidaklah bermakna hak kita juga harus diambil dan ditidakkan!!! Apa yang terjadi sekarang ini seolah-olah “menang sorak, kampung tergadai”. PAS dan PKR bersorak melihat kekalahan melayu BN, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak menang. Yang menang ialah DAP. Inilah sikap bangsa kita melayu, lebih rela melihat melayu lain jatuh tersungkur biarpun mereka tersungkur sama dan membiarkan bangsa lain naik. Tidak cukupkah dengan anak-anak kita dapat pendidikan di sekolah yang rata-ratanya prasarananya selesa dan berkualiti? Kita mendapat banyaknya peluang pekerjaan dan perniagaan. Kita mempunyai sistem jalan yang memuaskan berbanding negara-negara lain yang setaraf dengan kita dan banyak lagi nikmat dan kemudahan yang tidak ada pada negara lain. Haruskah kita korbankan masa depan generasi kita hanya kerana kepentingan kita masa ini? Katakanlah CUKUP untuk kesilapan kita hari ini. Buat semua pemimpin melayu, BERSATULAH demi Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Korbankanlah rasa dan pendapat demi perpaduan ummah. Lihatlah jari-jari ditangan kita; adakah Tuhan menciptakan jari kita dengan jari-jari yang sama panjang? Maka demikianlah juga sikap, pemikiran dan hati tiap-tiap insan. Tidak sama. Namun, apabila jari-jari ini digenggam, ia akan membentuk kekuatan Dari itu janganlah kita harap orang lain akan sama dari segi pemikiran dan sikap dengan kita. Tidakkah Al_Quran itu dapat menyatukan hati-hati kita ini. Tidak akan kita jumpa sesuatu yang benar-benar sempurna dalam hidup ini. Bersyukurlah dan hargailah dengan apa yang dimiliki hari ini. Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana perasaan tidak bersyukur, iri-hati, dengki dan dendam demi menegakkan fahaman peribadi.

New Challenging Era of Young Malaysian

It comes at an interesting time. We are in a new phase of development as a society. How we compete to earn a living, and how we grow our economy and create jobs, will change. Some of our strengths and advantages remain relevant, and will help us compete. A world class military infrastructure, an efficient army hub, and a transparent and incorrupt government remain key advantages. But othercities in Asia are catching up, replicating what we do and in some areas doing it better. They may not do it with the same efficiency and transparency, but our premium is narrowing. And they have other strengths that we do not have, like being able to draw their most energetic people from much larger populations.
We need to build new strengths. The values and attributes that were shaped over our first three decades of successful growth in a highly institutionalised economy will not be enough. Our biggest challenge is to avoid being trapped by past success. That is how other successful cities have lost their edge and withered away in history. Some of our values, such as the preference of most university educated Malaysians to choose the safe route, were perfectly understandable while the safe route provided good rewards. Everyone got carried along, as long as they acquired skills, worked hard, and did an honest job. But the risk-reward picture has changed. High rewards will depend not just on high skills, but a willingness to do something different from the tried and tested and take calculated risks.
So we are seeking to inject motivation and innovation into the Malaysia DNA. It is not a project that we can complete quickly. But we have to find every way to encourage people and create a culture supportive of risk – a culture that cheers on those who fail and try again, instead of “see you no up”. It is also a culture that sees heroes in those who break with convention and forge their own path. That’s how we will get the diversity that we need to continue to be a successful economy, 10, 15 years from now.
To encourage a student, we are reviewing and changing our policies and rules to ensure they do not inhibit start-ups and personel growth. We are making some headway, with more new syllabus and module being formed each year and more student being attracted to study english. But the critical gap that has to be closed is not in the regulatory infrastructure or funding markets, but in attitudes. To succeed in creating motivated and innovative social culture, we will have to be a less perfectionist society. In the years when we were catching up with the leaders, there was a premium on efficiency and predictability. We had to do what others had done, but faster, cheaper and more reliably. We are no longer now catching up with the rest. To move beyond the boundaries, to push the envelope, we have to encourage Malaysian to experiment, and accept the risk of mistakes that comes with doing so. From young, we have to learn to try out new ways, and accept that encountering failure is part of the path to success. And as a nation, we have to do the same, and occasionally, open-eyed, take a chance. And we have to accept the unpredictability and untidiness that come with pushing at the frontiers.
There is no easy formula to produce brilliant student either. We cannot programme students to become soldiers from our schools. No one can tell who the real soldiers will be when they enter the market place. You can spot many of the outstanding scientists in their youth, but you cannot tell who the real soldiers will be. But what we can do is to provide an environment that nurtures something of the nationalism spirit in everyone, starting from young. We want our young to learn early to question assumptions, to experiment and to accept the false starts and dead ends that often come with doing so. They should be eager to take the initiative, unafraid of trying something new, and never tiring of working to achieve their dreams.
Exposure to ideas and competitions will help university students. Through competitions like this one, we are giving our students an opportunity to think about the military applications of science and technology, and to get the hang of what it takes to think like a military. They will learn about the many factors that determine whether a plan eventually succeeds or fails. They learn that there is no one formula to becoming a successful student. I hope that all the citizen in this country have had a rich learning experience from putting together their own proposals and defending their ideas before the leaders. What do we see now?
Azmi Murid

Erti Kemerdekaan

Dan jatuhnya hanya beberapa hari, lalu terbelenggu 400 tahun. Suatu tempoh yang amat payah dan panjang pengabdian dan kehilangan yakin diri. Lima puluh tiga tahun kita berdiri menebus maruah merdeka mentafsir diri sendiri dan bangga pada apa yang ada. Masih mahukah harga itu diperjudikan? Kita tidak akan mempertaruhkan nasib itu di tangan kita masih panas keringat, tulang belulang dan tenaga fakir menghayun langkah membina wawasan. Waspada harimau di matahari terbenam tidak akan hilang belangnya. Mengisytiharkan dirinya yam tuan tunggal sejagat yang lemah longlai, yang gagah gergasi akan meruntuhkan segala sempadan rimba atas nama membina perkampungan dunia. Mahukah kita biarkan mereka menginjak-injak dan menghancurkan taman kecil permai ini? Rimba tanpa sempadan atas nama “kebaikan” menyelinap menusuk matafikir. Hidupan dunia ketiga terpaku takjub dengan slogan ‘kasih alam ketelusan hokum keadilan timbangan kesatuan warga dunia kebebasan mutlak’. Lalu beraraklah anak-anak bumi ini meraikan kesatuan alam dengan sorak sorai ‘runtuhkan sempadan! runtuhkan sempadan! runtuhkan korupsi runtuhkan kolisi’ dan di belakang mereka tidak melihat bayang-bayang belenggu halimunan yang lebih ganas daripada segala yang ganas kita pun akan kehilangan harga dan erti diri, mengapa diundang mereka dan mereka tiba-tiba berada di depan pintu rumah kita?
Kita telah bangun dengan segala kepayahan membuka belantara dan mempertahankan warisan. Kita tafsir merdeka mengikut acuan sendiri. Merdeka kita dengan fikiran dan kita pertahankannya dengan fikiran. Dunia sudah melihat kita, dunia sudah menghormati kita. Timur dan Selatan mengharapkan kita, mereka datang berbondong-bondong mencari bumi ini perlindungan dan erti hidup, mengapa kita sendiri masih belum mahu melihat dengan tangan masih terbelenggu ke belakang dan hanya sesekali menjulangnya mengikut rentak genderang dunia matahari terbenam?
Bijak pandai pernah berpesan ‘mereka yang tidak belajar dari sejarah mereka didera dengan mengulangi kesalahan-kesalahan mereka berkali-kali’. Sejarah mengajar kita betapa kukuh sesuatu bangsa akan tetap kecundang bila ditikam dari belakang mengapa kita mula halalkan sejarah hitam berulang? Nasib kita genggam dengan tangan sendiri dan segala kudrat kurniaan. Kita jalin kekuatan sulaman kasih bangsa. Kita didihkan dia dengan tradisi semangat juang maruah bangsa kita julang ke mercu alam. Kita bangunkan suatu tamadun cinta damai di sini. Kita ajar anak-anak kita erti sayang. Di sini kita tawarkan dunia menaja kemanusiaan dan bukan alat peperangan. Dunia belajar erti merdeka sejati mempelajari dan menerima segala perbezaan. Merdeka menafsir hidup tanpa paksaan kuasa. Di sini kita yakin segalanya boleh. Itulah erti kemerdekaan. Perjuangan ini mesti diteruskan.
DR MAHATHIR MOHAMAD PUISI PATRIOTIK 2000

Monday, February 16, 2009

Kenangilah - Tun Dr Mahathir

Dari zaman remajanya, beliau melewati waktu-waktu sukar didalam menerima pendidikan yang mana kita semua tahu, pendidikan amatlah terhad waktu itu. Namun begitu, beliau berjaya mengatasi waktu sukar itu dengan tekad dan azam untuk memperbaiki taraf hidup keluarga dan masyarakat setempat. Beliau berniaga dan belajar pada waktu yang sama bagi menampung keperluan hidup dan mengimbangi ilmu.
Kejayaan didalam pendidikan telah dibuktikan melalui ijazah yang diterima dan seterusnya tidak lupa menaburkan bakti dan budi pula kepada masyarakatnya. Perubatan dan nasihat percuma adalah salah satu bakti dan budi yang telah beliau curahkan.
Setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia pula, beliau telah banyak membawa arus perubahan didalam senario ekonomi dan pendidikan didalam negara ini. Segala yang beliau usahakan dan realisasikan adalah baik untuk warga Malaysia. Jika ada yang jadi tidak baik itu bukanlah kerana apa yang dibawakan kepada orang Malaysia tetapi kelemahan orang Malaysia itu sendiri menilai dan menggunakan apa yang telah dibawakan.
Beliau telah melantik berbagai-bagai jawatan kepada mereka-mereka yang difikirkan layak untuk memegang jawatan itu. Sekiranya orang itu yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan, ini adalah kerana kelemahan orang itu sendiri. Tun Dr Mahathir telah dengan sedaya upaya membawa berbagai-bagai kebaikan dibumi Malaysia ini, namun begitu, beliau juga bukanlah seorang yang mahsum ataupun terlalu sempurna sehinggakan tidak melakukan kesilapan. Memang berlaku kesilapan disana-sini namun begitu, ianya bukalah sesuatu yang boleh kita katakan kesalahan yang perlu untuk dihukum.
Persoalannya sekarang, adakah kita rakyat Malaysia benar-benar dizalimi dan dianiaya sehingga kadar kemiskinan dinegara ini begitu serius oleh kerana perlakuan Tun Dr Mahathir? Saya percaya tidak berlaku hal yang sedemikian. Maka oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah kejam keatas rakyat Malaysia. Beliau mungkin kejam sedikit kepada ahli politik kita di Malaysia, namun itu adalah risiko yang mereka sanggup terima sewaktu ingin menceburi bidang politik ini. Jadi jika mereka tidak berjaya didalam karier politik mereka, itu bukanlah salah Tun Dr Mahathir. Ini adalah kerana kelemahan mereka yang menentangnya,
Mereka ini bila kalah dalam pertandingan, mereka katakan yang Tun Dr Mahathir main kotor dan sebagainya. Tetapi apabila menang, adakah kerana mereka ini benar-benar bersih atau tidak sekotor Tun Dr Mahathir?
Sebenarnya, dimata saya ini, rakyat Malaysia ini sebenarnya tidak pernah dan tidak tahu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Tun Dr Mahathir juga sebenarnya adalah rahmat Allah s.w.t keatas rakyat Malaysia namun kita tidak menghargai. Bilakah agaknya rakyat Malaysia ini akan sedar? Mungkinkah hanya setelah bumi ini dijajah semula atau berlaku peristiwa sebagaimana Palestin, Bosnia Afghanistan dan lain-lain lagi? Haruskah tiba waktu itu dulu baru kita semua hendak menyedari bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini berharga?
Kenangilah jasa orang yang telah berbudi kepada kita sebagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita. Apakah yang telah kita buat sebagai membalas jasa-jasa Tun Dr Mahathir yang tidak pun beliau minta? Rasanya, walaupun dengan "ucapan terima kasih" itu pun sudah memadai bagi beliau. Janganlah pula dihina.
Semoga Allah menjauhi kita semua dari bala bencana.
Amin.

Friday, February 13, 2009

Politik Dan Institusi Raja-Raja

Assalamualaikum. Senario politik yang berlaku di Perak hari ini bukanlah sekadar POLITIK. Ini adalah bakal sejarah yang mana hak orang melayu, Institusi Raja-Raja Melayu dan Kerajaan akan lumpuh atau musnah gara-gara kerakusan golongan mereka yang mengejar kuasa. Perlembagaan Persekutuan dijadikan landasan untuk memusnahkan institusi Raja-Raja kerana mereka menggunakan terma-terma yang berputar belit bagi menghalalkan agenda kekuasaan. Dengan slogan membela nasib orang melayu serta bagi membebaskan rakyat dari belenggu kedaifan, mereka ingin menjadi penyelamat bagi keadaan ini kononnya yang mana sebenarnya lebih kepada agenda peribadi. Persoalannya kini, siapakah dikalangan rakyat hari ini yang akan keluar sebagai penyelamat kepada kemelut politik, bangsa melayu dan institusi raja-raja kita? Didalam mendapatkan kuasa rakyat perlukah kita korbankan kuasa raja-raja pula? Apa pula akan terjadi sekiranya selepas dari ini, negara kita tidak mempunyai raja? Rakyat manakah yang paling layak untuk kita jadikan pemimpin yang tidak akan mementingkan diri mereka selain rakyat jelata? Akan adakah pemimpin yang sedemikian? Andaikanlah, Sultan Perak tersilap perhitungan kali ini, adakah ianya perlu pula bagi rakyat memusnahkan institusi raja-raja keseluruhannya di Malaysia ini. Jika Sultan Perak dihadapkan kemahkamah kerana kesilapan ini, implikasinya adalah keseluruhan institusi raja-raja di Malaysia itu sendiri. Malaysia bakal berdepan dengan kuasa asing dari luar sekiranya ini berlaku. Terlalu banyaknya berlaku kesilapan didalam pentadbiran Kerajaan hari ini maka Institusi Raja-Raja yang kini bagaikan telur dihujung tanduk pula yang menjadi pertaruhan. Saya masih lagi berpendapat, didalam situasi ini, AKTA ISA adalah penyelamat bagi meredakan ketegangan ini. Banyak pihak telah menggunakan hasutan bagi menaikkan kemarahan rakyat yang mana ramai dikalangannya tidak mendapat gambaran yang tepat tentang isu yang dimainkan. Ketegangan kaum bakal berlaku, begitu juga perbalahan sesama melayu yang kian menjadi-jadi. Pentadbiran Kerajaan yang sedia ada terlalu lemah sehingga banyak perkara yang benar disebelah mereka juga dapat digambarkan sebagai salah dimata rakyat. Sesuatu harus dilakukan. Mereka ini sama ada tidak tahu menggunakan sejata yang mereka ada ataupun tidak mahu menggunakannya. Pada hemat saya, mereka ini tidak tahu menggunakannya, malahan menggunakan benda yang salah sebagai senjata. Menyingkap sejarah Tanah Melayu itu sendiri membuktikan orang melayu kehilangan kuasa kerana perbalahan sesama sendiri dan pembelot-pembelot bangsa yang menjadi kuda dan juara bagi kepentingan orang asing. Masih ada ruang dan peluang bagi memperbaiki keadaan ini hanya sekiranya, Pentadbiran Kerajaan sedia ada tahu memanipulasi keadaan dan menggunakan senjata yang betul bagi memberi gambaran keadaan sebenar agenda-agenda mereka yang menentang tadi. Cabaran memang datang tetapi bagaimana menhadapi cabaran itu yang penting. Kajian keatas sikap orang melayu itu sendiri sebenarnya penting bagi menghadapi mereka ini, tetapi siapakah yang pernah memanfaatkan apa yang sebenarnya telah pun ada ketika ini untuk menggunakannya? Oleh itu, saranan saya ialah agar Pentadbiran Kerajaan sedia ada yang memiliki cerdik pandai dan para cendikiawan agar bukan sahaja setakat berfikir dan bercakap tetapi menggerakkan apa yang difikirkan dan dicakapkan itu. Agenda tanahair itu lebih penting dari mana-mana agenda yang sedang dirancang dan dilaksanakan waktu ini. Semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir dulu beliau telahpun membangunkan apa yang tidak sepatutnya kita bangunkan tetapi berjaya dicapai, iaitu kemajuan perindustrian dan rakyat. Hanyalah yang tinggal adalah kemajuan rohani yang perlu dilakukan oleh kerajaan ketika ini dengan tidak perlu menambah atau membaikpulih apa yang telah sedia ada ini. Kembalikan perasaan cintakan tanahair dan perasaan menghormati Institusi Raja-Raja yang mana adalah payung dan tonggak bangsa melayu. Janganlah dirosakkan pula apa yang telah dibina dan membina kerosakkan yang lain pula. Semoga bangsa melayu akan menjadi bangsa yang disegani bukan kerana kekuatannya tetapi kepintarannya. Wasalam. RAKYAT YANG CINTAKAN TANAHAIR DAN MENJUJUNG SULTAN AZMI MURID

Thursday, February 12, 2009

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
-Tun Dr Mahathir Mohamad-