Thursday, February 12, 2009

Daulat Tuanku

Ampun Beribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.
Saya berikrar dan akan menyokong untuk mempertahankan Kedaulatan, Agama Bangsa dan Tanahair saya.
Kelihatannya hari ini, anak-anak muda kita telah diserapi suatu fahaman liberalisasi yang mana perasaan hormat, kasih dan cintakan Raja, Pemimpin hatta tanahair telah terhakis dengan begitu kritikal ketika ini. Pemahaman dan penghayatan terhadap kemerdekaan, pengorbanan dan kesetiaan telah hampir tiada dihati mereka. Ini adalah sesuatu yang amat serius.
Dinegara manakah yang dapat kita lihat demokrasi yang lebih baik dari Malaysia tanahair tercinta ini? Sebagai tuan rumah ditanah sendiri, adakah patut kita orang melayu yang mendapat hak istimewa? Perlukah kita menjadi tetamu dirumah sendiri dengan perlunya diberikan layanan istimewa? Sepatutnya, tetamu kitalah yang mendapat hak istimewa dan kita sebagai tuan rumah mempunyai segala hak melangkaui hak istimewa itu tadi. Dimanakah rasionalnya? Demokrasi di Amerika adakah lebih baik dari kita di Malaysia? Di sini, kita ada Sekolah Tamil, Sekolah Cina, Sekolah Convent, Gereja, Kuil dan Tokong Buddha. Adakah ini semua terdapat di Amerika? Adakah sistem mata pelajaran di Amerika merangkumi pelbagai bahasa disekolah-sekolahnya? Tidak cukup dengan itu, kita sebagai tuan rumah telah membenarkan mereka mewujudkan parti bagi kaum mereka sendiri. Kita memilih pula ketua dikalangan mereka untuk bersama-sama kita mentadbir negara kita. Dan kini mereka telah dengan berani mencaci, merendahkan, menghina Sultan kita, tonggak bagi asas sebuah empayar gemilang dulu dari zaman Parameswara.
Patutkah kita ini membiarkan mereka terus-terusan bertindak demikian? Harus kita ingatkan mereka ini yang berbahasa Malaysia pun tidak fasih namun masih mengaku rakyat Malaysia. Berani pula menghina dan mencaci Sultan kita dan ingin mengheret Sultan kita kekancah politik biadap mereka. Sememangnya akta ISA itu janganlah dimansuhkan lagi, ini kerana ianya amat perlu bagi negara kita dalam menangani puak-puak seperti ini yang tidak sedarkan diri. Bak kata pepatah melayu "Bagaikan Belanda Mendapat Tanah". Hapuskan mereka ini dari bumi tercinta Malaysia. Biarkan mereka menjadi rakyat negara lain agar mereka ini tahu bahawasanya, adakah tempat lebih selesa buat mereka selain tanahair ini.
Ayuhlah wahai bangsaku, tanah ini miik kita. Haruskah peristiwa seperti Palestin, Bosnia serta lain-lain negara yang teraniaya berlaku keatas kita baru kita hendak sedar. Kita tidak menjadi miskin dan hina hanya kerana Sultan kita menukar Menteri Besarnya. Cukuplah kita ini telah dialatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kita telahpun mengecapi dan menikmati apa yang tidak dapat dikecapi oleh banyak negara lain. Bersyukurlah.
DEMI ALLAH, akan saya pertahankan pemerintahan Tuanku Sultan dan Kerajaan Melayu ini daripada penjajahan bentuk baru ini dengan nyawa saya walaupun saya hanya tinggal seorang diri sahaja lagi. Merafak sembah memohon ampun kebawah duli Tuanku. Sembah patik mohon diampun.
RAKYATMU YANG CINTAKAN TANAHAIR.

4 comments:

  1. aslmkum.w.w.
    tksh.
    slmt berjuang demi bangsa, agama & negara.

    smga anda berjaya.

    jgn sampai kita menjadi org asing di bumi sendiri.

    nasir09@streamyx.com
    MyName1963@google.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    sori nk mengkomen...

    try rujuk balik sejarah malaysia tahun 1993..
    try kaji ape yg blaku pd institusi istana....
    siapa yg pertahankan istana n siapa yg memperlekehkan kekuasaan raja2 berpelembangaan sehingga sanggup meminda perlembangaan utk mengurangkan imuniti sultan² terhadap undang²..sbb itu la karpal singh brani saman..ini adalah rentetan ataupun kesan dari penderhakaan 'orang²' yg kononnya pjuang kdaulatan istana skang...

    n try semak balik sejarah perak pd sekitar 1977..ape yg telah menyebabkan ayahanda sultan azlan murka hingga tidak bercukur jambang slama 2 tahun..

    ada lg satu sejarah memalukan melibatkan 'penabalan sultan kelantan kedua' oleh org yg sakarang kononnya pjuang kdaulatan sultan² dan istana pd sekitar tahun 90-an...tgamak menabalkan tengku ibrahim sbgai sultan sdangkan sultan sedia ade adalah sultan yg sah..

    sila ye...klau saudara tak tahu la...try cari sumber² yg sahih..saya xnk bcrita psl tu...amat memalukan...


    ade lagi tambahan...

    Rasulullah xpnah menjadi pjuang bangsa...
    hanya agama sahaja baginda perjuangkan...
    hanya agama yg menyatukan semua umat x kira bangsa...itu terbukti dengan wujudnya negara madinah...

    saya harap komen sy ni x mnimbulkan sebarang syakwasangka saudara terhadap sy..
    sy cuma minta saudara kaji sape penderhaka sebenar..penderhaka di sini bkn stakat kpd sultan²...tp juga pada ALLAH DAN RASUL2Nya kerana menolak hukum Allah tp mengagungkan hukum manusia...

    ReplyDelete
  3. Salam...mencari kesalahan dan kelemahan orang lain bukanlah jalan penyelesaian juga. Melihat atau memandang kebelakang sambil menunding jari juga bukan menyelesaikan sesuatu isu. Seharusnya pendekatan bagaimana yang harus dipilih bagi menangani keadaan ini. Bukanlah bermakna sejarah yang lalu itu menjadikan kita hari ini untuk terus mengkhianati Sultan kita yang ada hari ini. Perlukah kita menyalahkan Sultan2 terdahulu sehingga negara kita dijajah? Mencapai kemerdekaan itu lebih penting dari mencari kesalahan sehingga kita dijajah dulu.

    ReplyDelete
  4. Betul apa yang Azmi tulis tu..! Saya setuju.. Kita takkan maju kalau asyik ingin mencari kesalahan orang lain..Inilah orang yang sering berbikiran sempit..! Bagaimana kita nak maju jika kita asyik pandang belakang dan mencari kesalahan orang lain..Cuba pandang ke hadapan..apa akan jadi pada anak-anak dan cucu-cucu kita jika kita asyik menyalahkan orang lain sahaja..kan?
    Wahai semua, kesiankanlah pada anak2 dan cucu2 kita pada masa akan datang jika negara kita telah dijajah mana lagi tempat tinggal untuk anak2 dan cucu2 kita..?
    Hidup Melayu...! Malaysia Boleh..!
    Bersatu kita teguh..bercerai kita roboh..!
    Daulat Tuanku...!

    ReplyDelete