Monday, February 16, 2009

Kenangilah - Tun Dr Mahathir

Dari zaman remajanya, beliau melewati waktu-waktu sukar didalam menerima pendidikan yang mana kita semua tahu, pendidikan amatlah terhad waktu itu. Namun begitu, beliau berjaya mengatasi waktu sukar itu dengan tekad dan azam untuk memperbaiki taraf hidup keluarga dan masyarakat setempat. Beliau berniaga dan belajar pada waktu yang sama bagi menampung keperluan hidup dan mengimbangi ilmu.
Kejayaan didalam pendidikan telah dibuktikan melalui ijazah yang diterima dan seterusnya tidak lupa menaburkan bakti dan budi pula kepada masyarakatnya. Perubatan dan nasihat percuma adalah salah satu bakti dan budi yang telah beliau curahkan.
Setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia pula, beliau telah banyak membawa arus perubahan didalam senario ekonomi dan pendidikan didalam negara ini. Segala yang beliau usahakan dan realisasikan adalah baik untuk warga Malaysia. Jika ada yang jadi tidak baik itu bukanlah kerana apa yang dibawakan kepada orang Malaysia tetapi kelemahan orang Malaysia itu sendiri menilai dan menggunakan apa yang telah dibawakan.
Beliau telah melantik berbagai-bagai jawatan kepada mereka-mereka yang difikirkan layak untuk memegang jawatan itu. Sekiranya orang itu yang tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan, ini adalah kerana kelemahan orang itu sendiri. Tun Dr Mahathir telah dengan sedaya upaya membawa berbagai-bagai kebaikan dibumi Malaysia ini, namun begitu, beliau juga bukanlah seorang yang mahsum ataupun terlalu sempurna sehinggakan tidak melakukan kesilapan. Memang berlaku kesilapan disana-sini namun begitu, ianya bukalah sesuatu yang boleh kita katakan kesalahan yang perlu untuk dihukum.
Persoalannya sekarang, adakah kita rakyat Malaysia benar-benar dizalimi dan dianiaya sehingga kadar kemiskinan dinegara ini begitu serius oleh kerana perlakuan Tun Dr Mahathir? Saya percaya tidak berlaku hal yang sedemikian. Maka oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah kejam keatas rakyat Malaysia. Beliau mungkin kejam sedikit kepada ahli politik kita di Malaysia, namun itu adalah risiko yang mereka sanggup terima sewaktu ingin menceburi bidang politik ini. Jadi jika mereka tidak berjaya didalam karier politik mereka, itu bukanlah salah Tun Dr Mahathir. Ini adalah kerana kelemahan mereka yang menentangnya,
Mereka ini bila kalah dalam pertandingan, mereka katakan yang Tun Dr Mahathir main kotor dan sebagainya. Tetapi apabila menang, adakah kerana mereka ini benar-benar bersih atau tidak sekotor Tun Dr Mahathir?
Sebenarnya, dimata saya ini, rakyat Malaysia ini sebenarnya tidak pernah dan tidak tahu bersyukur atas nikmat yang dikurniakan. Tun Dr Mahathir juga sebenarnya adalah rahmat Allah s.w.t keatas rakyat Malaysia namun kita tidak menghargai. Bilakah agaknya rakyat Malaysia ini akan sedar? Mungkinkah hanya setelah bumi ini dijajah semula atau berlaku peristiwa sebagaimana Palestin, Bosnia Afghanistan dan lain-lain lagi? Haruskah tiba waktu itu dulu baru kita semua hendak menyedari bahawa apa yang kita nikmati sekarang ini berharga?
Kenangilah jasa orang yang telah berbudi kepada kita sebagaimana kita mensyukuri nikmat yang Allah telah kurniakan pada kita. Apakah yang telah kita buat sebagai membalas jasa-jasa Tun Dr Mahathir yang tidak pun beliau minta? Rasanya, walaupun dengan "ucapan terima kasih" itu pun sudah memadai bagi beliau. Janganlah pula dihina.
Semoga Allah menjauhi kita semua dari bala bencana.
Amin.

3 comments:

  1. Salam, Azmi.
    Saya setuju 100persen apa yang anda tuliskan dalam blog ini. Tun Mahathir memang telah banyak berjasa. Orang Melayu memang suka lupa..Itu kata Tun Mahathir yang pernah saya dengar sebelum ini. Mereka tidak bersyukur langsung akan nikmat yang kita telah kecapi selama ini.. Bagi saya ada usaha tangga kejayaan. Orang malas tentulah tak berjaya. Mengapa mesti salahkan pemimpin jika dia sendiri yang malas nak berusaha..kan?
    Wahai semua, janganlah nak salahkan orang lain..apa yang Tun Mahathir buat sebelum ini sebenarnya bersebab baik. Demi agama, bangsa & negara..!
    Jika hingga sekarangpun Tun Mahathir menjadi perdana Menteri kita..pasti tidak akan berlaku seperti apa yang berlaku sekarang sehingga sanggup menghina Raja & Sultan kita..kan? Hidup Melayu..! Daulat Tuanku..!

    ReplyDelete
  2. Salam, Azmi. Tun Mahathir adalah Idola saya. Apa yang beliau buat selama ini adalah untuk kebaikan semua. Dia amat sayangkan bangsanya. Sebab jangan pertikaikan langsung apa yang beliau lakukan selama ini. Beliau telah banyak berjasa pada negara. Kalau bukan kerana beliau maka orang dunia luar sekarang tidak akan kenal Malaysia. Wahai semua, bersyukurlah. Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain yang hanya tidaklah sebesar manapun sedangkan telah banyak jasa yang telah beliau lakukan untuk negara kita.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ainamiz. itulah yg ingin saya sampaikan kepada pembaca supaya mengenang jasa Tun selama ini

    ReplyDelete