Tuesday, February 17, 2009

Fikirkanlah Perkara Ini

Wahai bangsaku, ingatlah sesungguhnya kita ini pernah dijajah selama lebih kurang 400 tahun (1511 – 1957). Baru sahaja 50 tahun kita ini menikmati kedamaian yang selama itu kita nanti dan cari, maka telah luputkah kesedaran kita tentangnya? Akan tergadaikah tanah yang kita miliki ini hanya kerana dendam dan sakit hati sesama bangsa kita? Kita dipermainkan dan dimomokkan dengan semangat yang kononnya nasionalisme dan patriotik, tetapi sedarkah kita siapa sebenarnya lawan kita? Mereka ini tak lain dan tak bukan hanyalah orang yang seagama dan sebangsa dengan kita. Kita telah “dibeli” demi memperjuangkan apa yang sebenarnya ialah tuntutan bangsa bukan melayu. Kita telah dikelirukan oleh orang yang mengatakan agama itu milik mereka dan kebenaran itu bersama mereka? Benarkah semua itu? Marilah sama-sama kita renungkan perkara berikut; 1) Benarkah politik PAS itu memperjuangkan Islam? Andai benar PAS itu memperjuangkan Islam maka, adakah ALLAH itu bersalah dengan tidak memberikan cara itu kepada KekasihNya yakni Rasullullah s.a.w agar mempermudahkan cara menegakkan dan menyebarkan agama Islam? Bermakna tidakkah cara PAS itu sebenarnya lebih mengelirukan umat Islam itu sendiri? Seharusnya jika Tuan Guru Nik Aziz ingin menegakkan Negara Islam, cara Nabi Muhammadlah cara yang paling benar. Janganlah dikelirukan dan mencelarukan lagi agama Islam dengan menobatkan cara merekalah yang lebih benar dari cara Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad tidak menyebarkan dan menegakkan agama dengan cara menjadi ketua Negara dahulu, tetapi menyebarkan dan mendakwah agama itu kepada semua golongan sehingga tidak disukai ketua negara pada masa itu. Jadi seharusnya, Tuan Guru Nik Aziz renungkanlah sejenak perkara ini. Katakanlah CUKUP kepada perkara yang akan menambahkan kekeliruan diantara umat Islam di negara ini amnya dan orang melayu khasnya. Semua pemimpin PAS haruslah bertanggungjawab dalam perkara ini. Akan terkeluarkah Islam orang melayu di Malaysia ini jika tidak menyokong PAS? Akan terjadikah Islam yang sebenarnya yang dituntut oleh Allah dan Rasul jika PAS memerintah Malaysia ini? Adakah jaminan untuk itu atau beranikah pemimpin-pemimpin PAS memberi jaminan untuk perkara itu? Apakah jaminannya? Kembalilah kepada 2 kalimah syahadah, iaitu Allah dan Rasul, Quran dan Hadis atau Perintah dan Cara. Didiklah iman rakyat Malaysia seperti mana Rasullullah mendidik iman para Sahabat sahaja selama 13 tahun. Bukan mendidik mereka dengan tarbiyah keduniaan yang mengkafirkan dan mensyirikkan mereka dengan amalan dan perbuatan mereka. Dekatilah mereka dan bukannya memusuhi mereka. Fikirkanlah wahai para aminul mukminin!!! 2) Apakah pula perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) milik Dato Sri Anwar Ibrahim? Akan lebih melayukah orang melayu dengan perjuangan DSAI ini? Akan lebih makmur dan amankah Malaysia ini? Akan terhapuskah semua “kejahatan” yang diwar-warkan itu? Akan terbelakah nasib orang-orang melayu dan bukan melayu di Malaysia ini? Apakah pembelaan dan perjuangan selama 50 tahun kemerdekaan ini tidak membawa sebarang makna pada DSAI sehinggakan beliau menjadi seseorang di tanahair tercinta ini. Apakah hilang semua kerakyataan, kekayaan dan kesenangan beliau selama ini? Zalimkah pemimpin sekarang dibandingkan apa yang terjadi di Israel, Afghanistan, Bosnia dan lain-lain negara yang dizalimi oleh pemerintahnya. Kebanyakkan mereka yang bersama-sama DSAI ini hanyalah mereka yang tergolong dari orang senang yang kecewa didalam arena politik itu sendiri. Mereka juga bukanlah apa yang sebenarnya dikatakan pejuang bangsa. Kerana rata-rata dari kalangan mereka juga tidaklah banyak membantu bangsa mereka itu sendiri. Mereka itu sendiri pada hakikatnya adalah memperjuangkan nasib mereka sendiri. Mereka ini memperjuangkan kekalahan mereka dengan membawa slogan kekalahan mereka adalah kekalahan bangsa. Kita dan keluarga kita tidak dibunuh, dinoda ataupun dirampas segala kekayaan dan kesenangan yang kita warisi. Kita dapat menunaikan ibadah serta lain-lainnya dalam keadaan yang paling aman dan damai. Maka zalimkah itu? Akan adakah tempat lain yang dapat kita panggil tanah buat orang melayu di negara asing? Orang cina masih mempunyai Negara China, manakala orang India ada sebuah negara yang dipanggil INDIA. Bagaimana dengan orang melayu? Indonesia hanya mengiktiraf orang melayu sebagai sebahagian rumpunnya dan bukannya tanahair buat orang melayu. Apakah nasib orang melayu? Marilah kita bersatu mempertahankan tanahair kita tak kira dari parti mana kita datang. 3) Buat Dato Sri Abdullah pula, akuilah bahawasanya ketidaktentuan orang melayu hari ini adalah kerana kelemahan beliau sebagai seseorang yang dipanggil pemimpin. Pemimpin yang baik tidak semestinya bagus dan pemimpin yang bagus itu tidak semestinya baik. Carilah pendekatan evolusi atau revolusi terancang yang dapat membina kekuatan bangsa dan tanahair. Janganlah Pak Lah terlalu yakin pada diri sendiri bahawasanya beliau masih dapat membaiki kerosakan yang telah dilakukan walaupun mendapat sokongan yang sebenarnya bukanlah ikhlas sangat. Yakin sahaja tidak dapat membantu membina sesebuah negara. Malahan kerana yakin itulah nanti yang sebenarnya memusnahkan apa yang diinginkan oleh raykat terbanyak. Sebenarnya keupayaan merancang, membina, melaksana dan menjangka sesuatu itulah yang perlu bagi seseorang pemimpin membina sebuah masyarakat dan negara. Akurlah pada diri sendiri bahawasanya diri itu tidak layak menjadi seorang pemimpin. Bawalah keyakinan itu sahaja untuk membina dan memimpin rumahtangga. Janganlah gadaikan sebuah negara hanya dengan sebuah keyakinan.
Buat semua orang melayu, kita hanya akan menghargai sesuatu itu hanya setelah kehilangannya. Andai tidak terganti apa yang hilang itu, mampukah kita hanya meratapi dan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan? Mampukah kita melihat warisan kita dimiliki oleh bangsa asing dibumi milik kita sendiri? Inilah TANAHAIR kita!!! Tidak akan ada lagi tanah melayu lain di dunia ini melainkan MALAYSIA (tanah melayu). Kita tidak mahu mengambil dan menidakkan hak kaum lain, tetapi tidaklah bermakna hak kita juga harus diambil dan ditidakkan!!! Apa yang terjadi sekarang ini seolah-olah “menang sorak, kampung tergadai”. PAS dan PKR bersorak melihat kekalahan melayu BN, tetapi pada masa yang sama mereka juga tidak menang. Yang menang ialah DAP. Inilah sikap bangsa kita melayu, lebih rela melihat melayu lain jatuh tersungkur biarpun mereka tersungkur sama dan membiarkan bangsa lain naik. Tidak cukupkah dengan anak-anak kita dapat pendidikan di sekolah yang rata-ratanya prasarananya selesa dan berkualiti? Kita mendapat banyaknya peluang pekerjaan dan perniagaan. Kita mempunyai sistem jalan yang memuaskan berbanding negara-negara lain yang setaraf dengan kita dan banyak lagi nikmat dan kemudahan yang tidak ada pada negara lain. Haruskah kita korbankan masa depan generasi kita hanya kerana kepentingan kita masa ini? Katakanlah CUKUP untuk kesilapan kita hari ini. Buat semua pemimpin melayu, BERSATULAH demi Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Korbankanlah rasa dan pendapat demi perpaduan ummah. Lihatlah jari-jari ditangan kita; adakah Tuhan menciptakan jari kita dengan jari-jari yang sama panjang? Maka demikianlah juga sikap, pemikiran dan hati tiap-tiap insan. Tidak sama. Namun, apabila jari-jari ini digenggam, ia akan membentuk kekuatan Dari itu janganlah kita harap orang lain akan sama dari segi pemikiran dan sikap dengan kita. Tidakkah Al_Quran itu dapat menyatukan hati-hati kita ini. Tidak akan kita jumpa sesuatu yang benar-benar sempurna dalam hidup ini. Bersyukurlah dan hargailah dengan apa yang dimiliki hari ini. Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana perasaan tidak bersyukur, iri-hati, dengki dan dendam demi menegakkan fahaman peribadi.

20 comments:

  1. MELAYU kian bercelaru
    Mencari arah tuju
    Terasa hatiku pilu
    Mengenangkan diriku
    Kerana aku Melayu

    ReplyDelete
  2. Ya.. aku pun sama.
    walaupun aku tak pernah mendapat kemudahan seperti mereka,
    namun aku reda atas segalanya,
    cuma aku berpesan pada diri ku agar jgn kecewa,
    namun kebelakangan ini aku menjadi sangat kecewa,
    kerana kebanyakan mereka yg mendapat kemudahan dari pemimpin kita,
    telah menolak hanya kerana semata2 mendengar cerita nista.
    sedang aku yg tak punya apa tetap tetap reda,
    hanya kerana negara tercinta,
    semoga terhindar dari sengketa,
    inilah harapan ku pada semua.

    ReplyDelete
  3. Andai kata ini hari terakhir ku hidup di Bumi M'sia....
    Biarlah kedamaian yg mengiringi pemergianku.
    Andai kata ini hari permulaan berpecahnya bangsa Melayu...
    Tuhan.. aku redha, sekarang Kau ambillah nyawaku.

    Apa yang diharap pada negara tercinta...
    Jika pemimpinnya rakus melempar cerca dan rebutkan kuasa.
    Apa diharap pada bangsa merdeka....
    Jika bersatunya untuk membunuh antara sesama.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum...setelah membaca tulisan saudara,saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini....benar, saudara memberi pendapat berdasarkan apa yang saudara lihat..sememangnya manusia mempunyai persepsi yang berbeza...pandangan saya, perjuangan PAS adalah jelas..tapi perjuangan parti-parti melayu yang lain semakin kabur..saya tidak memihak pada mana2, tetapi apa yang saya lihat,setakat ini tiada tokoh islam di malaysia sehebat Tuan Guru Nik Aziz..cuba saudara renung dan lihat semula apa yang telah diperjuangkan oleh Tuan Guru untuk kaum melayu khususnya umat Islam..banyak perjuangan dan bakti PAS tidak diperlihatkan kepada umum akibat daripada kekangan media yang pro kepada kerajaan yang semakin hilang nilai Islamnya..tapi jika saudara hidup di kalangan masyarakat yang merendah diri dan bersedekah tanpa pengetahuan tangan kiri, InsyaAllAh, saudara akan lihat siapa yang sebenarnya berjuang menegakkan Islam dan membantu sesema saudara...andai Malaysia ditakdirkan diserang seperti Palestine, janganlah salahkan sesiapa akibat tidak bersatu padu atau menuduh sesama sendiri...andai kata hilang tanah melayu, janganlah kita bertanya2 kenapa lagi..ia adalah amarah ALLAH kepada kita umat ISLAM yang semakin jauh dariNYA dan semakin menolak ajaran Al-Qurannya..wajarkah seorang umat Islam mengatakan Hukum Hudud tidak relevan?MasyaALLah..ianya hukum ALLAH...yang takkan sama seperti undng-undang negara kita....renug-renungkanlah...salam

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam. Terima kasih atas pandangan saudara. Dalam tulisan saya, mungkin pandangan saya terhad untuk melihat kesemua arah, namun begitu saya juga tidak membenarkan mana2 pihak mahupun menyokong mana2 pihak. Tulisan saya juga mengkritik/menegur semua pemimpin parti politik tanpa mengira fahaman politik itu sendiri. Apapun, terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. salam
    merujuk kpd jawapan saudara ini:-
    "namun begitu saya juga tidak membenarkan mana2 pihak mahupun menyokong mana2 pihak"....

    sy sekadar nak tanya...dimanakah pendirian saudara??? seolah-olah hanya saudara sj yg betul dan pihak yg lain semua salah.......

    Jika benar saudara sedar bhw pandangan saudara "terhad"...maka kenapa tidak saudara perluaskan lagi pandangan saudara itu.....??? jgn berhenti dsini sj. sumber maklumat skrg terlalu luas......dan sure terlalu mudah untuk saudara gapai...

    dimana ada kemahuan...disitu jg pasti ada jalan...

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Pendirian saya; Saya hanya percaya dan yakin, Allah dan Rasul, Al-Quran dan Hadis, Perintah dan Cara. Selain itu saya juga tidak percaya yang saya sentiasa saya dalam keadaan benar. Yang baik itu dari Allah, dan yang silap dan lemah itu datangnya dari saya sendiri. Apa yang saya lihat hari ini, ramai manusia memanipulasi agama demi kepentingan tertentu. Penggunaan ayat-ayat suci al-quran dan mentafsir daripada hukum akal serta menggunakannya untuk melemahkan pihak pesaing walhal seharusnya digunakan untuk penyatuan. Janji serta kata-kata tidak seiring dengan perlaksanaan serta perbuatan.

    Itu sahaja. Maaf andai tersilap lagi.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Saya berpendapat sama macam Azmi. Apa yang Azmi tulis tu semuanya betul. Dia menyokong 100persen..Hidup Melayu..!

    ReplyDelete
  9. Wahai orang melayu, sedarlah bahawa negara kita sedangpun di jajah..cuma kita je yang tak sedar dan malas nak berfikir. Mana yang betul mana yang salah..di sebabkan kelemahan yang sedikit itu, dijadikan penyebab untuk menbenci terus. Siasat dahulu siapa yang betul dan siapa yang tak betul..Jangan suka mendengar disebelah pihak sahaja. Saya hormati pemimpin yang ada sekarang tetapi cuma slow sikit je..yang penting kepentingan orang melayu masih dijaga. Jika anda sayangkan anak2 dan cucu2 kita pada masa akan datang fikir2kanlah dan renung2kanlah. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga..! Hidup BN..! I love Malaysia..!

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas segala komen samada yang pro atau kontra tentang catatan saya. Didalam menggilap permata memang perlu melalui proses yang amat sukar.

    ReplyDelete
  11. salam..

    xtaw nak kata pa sbnrnyer...tp bg sy semua yang berlaku telah ditetapkan jalannya...namun kita yang telah diberi akal pikiran seharusnya lebih bijak untuk membuat percaturan mengenai masa depan dan arah tuju hidup kita...

    Kalu sik menuding jari ke arah org lein suma benda pon xkan ada pnyelesaian...

    ReplyDelete
  12. Salam. Terima kasih.

    Memang ada qada dan qadar, tetapi haruslah diingat juga bahawa Allah s.w.t berfirman: "DAN BERDOALAH KAMU KEPADAKU NESCAYA AKU PERKENANKAN DOAMU". Kita tidak dapat memperbaiki diri kita dengan hanya melihat kesalahan orang lain seperti sabda Baginda Rasulullah s.a.w:"Mata kanan kamu hendaklah melihat kebaikan orang lain, dan mata kiri kamu hendaklah melihat kelemahan diri sendiri".

    Insyallah kita tergolong dalam orang2 yang Allah redha.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  13. kekacauan dan kekalutan yg berlaku sekarang berpunca dari Brother Anwar Bin Ibrahin (BABI).. jgn nafikanlah.. jgn taksub sgt pada dia.. ada pula yang sampai memujanya, buktinya sehingga buat patung besar. buat penyokong BABI, sedarlah dan segera BERTAUBAT (macam Karpal cakap)..

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Sabar wahai saudaraku...marilah kita berdoa moga Allah membuka pintu hati beliau dan menerima hidayah dariNya.

    ReplyDelete
  15. parti manapun memerintah xpa asalkan kita tidak dihalang dari beribadah kepada allah... itu yg penting... nak apa lagi bn dah ckup memadai buat apa nak tukar parti yg belum tentu kita dpt apa yg kita nikmati skrg... tun mahathir yg terbaik rakyat negara lain nampak knpa kita tidak semoga malaysia kita dpt seorang pemimpin mcm tun wassalam..

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Itulah yg seharusnya kita semua lakukan selaku hambaNya. mesyukuri nikmat yg telah diberikan.

    ReplyDelete
  17. Salam..

    sy kagum ngan saudara mengupas sedikit sbnyk psl politik negara kita..
    tp, pd pndpat sy, dlm menggapai masa depan yg cerah, kita perlu observe masalah2 yg dihadapi oleh negara kite skrg.. Allah s.w.t berfirman " berjalanlah kamu di atas bumi, dan lihatlah bagaimana akibat-akibat org yg mendustakan (agama)"..


    sy kurang jelas dgn fahaman dan perjuangan parti kerajaan BN, khususnya UMNO.. Sbb matlamat perjuangan mereka dikhususkan kpd konsep kebangsaan (nationality). Dimana konsep mereka lebih kepada perjuangan kaum.. Dalam erti lain, perjuangan yg tiada teras konsep ISLAM, akan diragui keikhlasan mereka.

    jika dilihat kpd masalah terkini, parti kerajaan sering dicemari dgn byk masalah. Korupsi, Rasuah, Pecah Amanah dan byk lagi.. Kestabilan parti mereka pun diragui, kerana perbalahan dalaman parti pd keadaan kritikal. Organisasi mereka pun terumbang-ambing, layakkah mereka menerajui negara?

    ReplyDelete
  18. Salam.

    Pendapat saya, parti2 islam di Malaysia ini haruslah menunjukkan pendekatan yg lebih baik jika ingin menegakkan syiar. Hanya dengan mengatakan kerajaan yg sedia ada korup atau mendedahkan kelemahan yg sedia ada diketahui tidaklah membantu. Tetapi mereka haruslah juga menunjukkan contoh yg lebih baik. Skg ini 5 negeri dikuasai PR, jadi sudah tibalah masa PR menunjukkan kebaikan dan bukannya membuka keburukkan orang lain. Itu lebih islamik rasanya. Apapun, terima kasih atas komen saudara/i.

    ReplyDelete