Tuesday, February 24, 2009

Hak Persamaan Kaum (1)

Persamaan kaum adalah prasyarat kepada harmoninya sesebuah negara, iaitu kesatupaduan diantara kaum. Tiada siapa yang dapat menyangkal fakta ini. Keharmonian diantara tuan dan hamba, antara kaya dan miskin, antara pemimpin dan yang dipimpin bukanlah harmoni yang sebenar. Ianya adalah lebih mirip kepada penerimaan kepada sesuatu yang tidak dapat diubah, selagi ianya tidak kelihatan seperti boleh diubah. Lambat laun, perubahan keadaan dan pemikiran dimana penolakkan kepada taraf status-quo dan perubahan kepada situasi keadaan yang lebih adil akan berlaku. Sementara keadilan bermaksud penambahan kepada yang tidak ada dan pengurangan kepada yang berada, maka proses untuk mencapai matlamat ini akan menimbulkan pelbagai jenis tanggapan yang mana dahulu dikatakan perhubungan yang harmoni. Apabila persamaan itu telah dicapai, masyarakat ini akan kurang bertanggapan antara satu sama lain dan keharmonian itu adalah apa yang dikatakan berjaya dicapai. Namun begitu akan tetap ada beberapa perselisihan kecil tetapi sekurang-kurangnya ianya dapat dikenalpasti dan diatasi.

Malangnya, walaupun persamaan kaum dikenalpasti tidak dapat dipisahkan kepada keharmonian kaum, masih terdapat sedikit kefahaman apakah yang sebenarnya dikatakan persamaan kaum itu sendiri. Komuniti atau orang perseorangan akan menterjemahkan makna persamaan kaum itu yang memihak kepada kaum atau individu itu sendiri. Maka akan timbul persoalan berkaitan biasiswa misalnya, persamaan kaum itu bermakna persamaan untuk bersaing mendapatkan biasiswa itu tidak mengira kaum. Jika terjemahaan ini diterima, maka di Malaysia ini bolehlah dikatakan, bukanlah persamaan kaum malahan memburukkan lagi ketidaksamaan kaum. Dalam perkataan lain, persamaan didalam sesuatu bidang/bentuk/nilai boleh memburukkan lagi ketidaksamaan didalam bidang/bentuk/nilai yang lain. Ciri-ciri ketidaksamaan kaum bukanlah berlaku hanya di Malaysia. Ia berlaku dimana-mana sahaja negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum tinggal bersama. Yang nyatanya ianya tidak ada penyelesaian yang mudah. Lagipun tidak ada dua negara yang mempunyai masalah kaum berpunca dari masalah yang serupa. Bagaimanapun kajian terhadap situasi negara lain boleh mendatangkan manafaat, Walaupun tidak dapat menyelesaikan masalah kita di Malaysia, sekurang-kurangnya kita mempunyai pemahaman yang luas tentang apa yang membentuk masalah itu.

Saya ada buat satu percubaan untuk memberikan definasi dan makna kepada persamaan kaum yang lebih besar dengan merujuk kepada masalah di Amerika Syarikat. Ini bukalah berat sebelah tetapi lebih kepada apa yang selalu diperkatakan tentang apakah hak orang melayu di Malaysia. Mungkin ini adalah masa mendengar dan melihat pandangan orang melayu tentang hak persamaan kaum dan keistimewaan hak orang melayu. Kemudian dari ini, bergantung kepada kejujuran dan kesungguhan untuk menilai orang melayu dan merumuskan apakah penyelesaian kepada masalah itu. (bersambung)

No comments:

Post a Comment